Tuesday, May 23, 2006

A'kum semua,

Harap semua sihat dan bahagia.

Alhamdulillah ... 3 episod Bongkar telah ditayangkan dan anda semua mempunyai pandangan masing masing dan episod semalam sebenarnya memang antara episod yang betul betul mencabar saya secara emosi.

Saya cukup hargai pandangan anda semua ... dan kali ini saya cuba menjawab beberapa soalan yang diajukan.

Antaranya dari terrarosa berkenaan artikel dalam Mingguan Malaysia ... memang saya diberi peluang oleh pihak Mingguan Malaysia untuk berkongsi pengalaman Bongkar dengan pembaca setiap Ahad ... terima kasih Mingguan Malaysia.

Saya juga terharu dan terima kasih apabila membaca ruangan Surat Pembaca (Orang Jauh, Kemaman, Terengganu) di Utusan Malaysia 23 Mei 2006 yang mengatakan Bongkar sedikit sebanyak memberi kesan positif kepada mereka... Alhamdulillah.

Fid, terrarosa, adiena dan Syah .... serta semua saya harap semua sudah maklum dengan masa siaran Bongkar, Isnin 12.30 tengah malam Isnin ... atau ada setengah orang sebut 12.30 pagi Selasa .. dua dua pun boleh .. asalkan faham. Cumanya minggu lepas ... siaran kami ditunda dan saya fikir kerana memberi laluan kepada dua rancangan bersempena Hari Mengundi di Sarawak. Harap maaf.

Saya faham ramai yang kurang berpuas hati dengan slot tayangan sekarang .. apapun saya pasti RTM mempunyai rasional tersendiri ... mungkin lebih ramai golongan sasaran pada waktu itu. Maklumlah ... orang muda kan tidur lewat ... macam fid, terrarosa adiena dan Syah ... maaf ye ... jangan ambik hati ... saya gurau.

terrarosa ... saya semakin kurus??? mungkin ... iyalah .. terlalu kuat bekerja untuk berikan yang terbaik untuk anda semua :) tapi semua tu terasa berbaloi bila saya melayari blog ini.

Malam dah semakin larut ... izinkan saya mengundur diri ..dan seperti biasa ..saya amat menghargai sokongan berterusan yang anda semua berikan.

Jaga diri baik baik ... kita jumpa lagi lain kali.

Tuesday, May 09, 2006

A'kum semua,

Terlebih dahulu Alhamdulillah kerana dengan izinNya akhirnya Bongkar ke udara semalam. Dan bila memasuki website ini saya cukup terharu dengan sokongan anda semua yang sanggup menunggu hingga larut malam semata-mata untuk menonton 'Bongkar'.

Segala komen yang anda berikan amatlah saya hargai dan Insyallah saya akan perbaiki di masa-masa akan datang.

Sekali lagi terima kasih kerana anda semua telah sudi meluangkan masa untuk menonton 'Bongkar' dan terima kasih juga kerana mengambil berat tentang kami semua. Saya amat menghargai sokongan anda semua.

Sekian...jumpa lagi...jaga diri baik2.

Wan Din
A'kum semua,

Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana dah terlalu lama tidak coretkan sesuatu di sini. Maklumlah jangankan perkhidmatan internet malah perkhidmatan telefon mudah alihpun tidak mendapat liputan.

Alhamdulillah setelah berkhemah di hutan Baling selama hampir 40 hari, kami semua telah selesai menjalani penggambaran Kem Karismatik dan semua yang terlibat (kesemua putera dan krew produksi selamat pulang ke tempat masing-masing).

Apa yang pasti cabaran kami di Kem Karismatik tidak kurang hebatnya. Saya akan berkongsi pengalaman di Baling dalam website Kem Karismatik dalam masa terdekat... buat masa ni izinkan saya mendapat sedikit rehat.

Apapun setinggi ucapan terima kasih kepada seluruh warga Kedah terutamanya warga Baling yang telah memberi kerjasama yang amat baik. Allah jua yang mampu membalas budi baik anda semua.

Di atas penundaan siaran BONGKAR, saya ingin memohon maaf sekali lagi kepada anda semua... juga pihak media cetak yang telah banyak membantu kami. Sebagai manusia yang lemah kami hanya mampu membuat perancangan dan meletakkan usaha yang gigih, selebihnya kami bertawakkal. Kami percaya setiap kejadian pasti ada hikmahnya.

Kami baru saja mendapat pengesahan dari pihak RTM hari ni yang BONGKAR akan mula ditayangkan bermula Isnin ini 8 Mei 2006 jam 1230 tengah malam di TV2.

Kami amat berterimakasih dan yakin RTM telah membuat keputusan yang terbaik untuk BONGKAR.Bagi pihak penerbitan, sekali lagi saya mohon maaf dan amat menghargai sokongan berterusan yang anda semua berikan.

Sekian dulu... jaga diri baik-baik!